Tuesday, 21 June 2011

Masa | Berlalu Pantas

Salam

cepat jer mase berlalu.. tup tup dah nak masuk bulan 7.. pastu masuk 2012.. =.="
mls nk tulis ni.. tp ari ni aku nk share 2 link jer.. rajin2 la klik

Permudahkan rezeki
kalau-dah-di-takdirkan-gagal-kenapa kne usaha?

Wsalam

Kunci Syurga

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?
Untuk menjawab persoalan Ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik. Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican. Dan apakah fungsi Al Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.Pada mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu dia ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat para hadirin dan berkata, "Di kalangan kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi itu ingin memanfaatkan keberadaan pemuda dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya adalah untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
|Al-Isra': 12|

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat |Al-Mulk: 3|

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
|Al-Haqah: 17|

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat."
|Al-An'am: 160|

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air."
|Al-Baqarah: 60|

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. "
|At-Takwir: 18|

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
|Yusuf:98|

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai."
|Luqman: 19|

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
|Al-Anbiya': 69|

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
|Yusuf: 28|

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

Sunday, 19 June 2011

Konspirasi Dunia - Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

"Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam."

Sblm korang bace artikel ni aku harap korang leh try tgk kubah masjid al Aqsa dan kubah masjid an-Nabawi. perhatikan dihujung nye.

Slmat Membaca


Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.|Qs. Al-Baqarah: 102|

Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. EnsyaAllah anda akan dapat mengrungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu? Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." |Muhammad Bin Abdullah - 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.|

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?

Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.


Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).


Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.


Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!


Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay

Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah?

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".|Qs. Al-Hijr: 39-40|

Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.


Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. |Qs. Yusuf:106|

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan 
syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
|Qs.Yusuf 108|

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.|Qs. Al-Baqarah: 120|

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.|Qs. Al-Imran: 100|

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).|Qs. Al-Baqarah: 109|

Wallahua'lam

Wake Up Project | Konspirasi Dunia - Mari Berfikir


Rentetan dari artikel saya yang lalu mengenai CEO Muka Buku(facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.


    Disebalik Tabir Perancangan Mereka|


|Mereka Menyimpan Semua Maklumat Kita|

Mungkin bagi segelintir individu yang tidak berkepentingan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah, Tetapi bagi yang memiliki kedudukan seperti Perdana Menteri, Ahli Sains atau manusia-manusia yang berkepentingan dan boleh mendatangkan ancaman ia adalah satu peluang yang terbaik dalam mengumpul data dan mengkaji kelemahan-kelemahan individu tersebut. Mereka memberi data peribadi tanpa sedar mungkin sekadar menganggap ia jaringan sosial. Jika kita sedar pengisian “borang” pada laman sosial berkenaan tersusun, bermula dari tarikh lahir, alamat. Poskod, tempat kerja dan bermacam-macam lagi dan yang paling utama adalah cabang keluarga dan rakan yang terhampir.


Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada lama sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.

Setelah dipersetujui kami mengambil langkah inisiatif dengan menyebarkan kepada umum mengenai hasil perbincangan secara terang-terangan atau secara tertutup, mungkin selepas itu pembaca atau sesiapa yang terbaca artikel yang telah disebarkan dengan pantas mereka akan terus merubah segala informasinya di dalam akaun facebook, sayang sekali, ia di tukarkan, mereka pasti telah menyedia mekanisma untuk mencatatkan sejarah dari salinan asal kepada setiap perubahan yang berlaku kepada akaun individu, ianya dapat diketahui oleh mereka dan disimpan secara kekal kedalam database mereka untuk rujukan akan datang jika perlu.

Anda tidak yakin dengan pernyataan saya? Cuba anda imbas kembali awal tahun lalu seorang warganegara Malaysia yang memiliki akaun laman sosial facebook ini ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang membakar gereja, Jika kita lihat mudah sekali dia dikesan dan diberkas.


“ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi 10 Januari lalu.

Perbincangan ini tidak habis disini sahaja tetapi kami ajukan kepada yang lebih arif, menurut pakar itu, ledakan ini berlaku apabila ramai individu yang berangapan jika kita tidak mendaftar serta memiliki akaun di laman sosial ini, maka kita adalah golongan yang ketinggalan zaman, saya akan mengulas mengenai FACEBOOK ini dari sudut konspirasi.

Jika kita pernah dengar mengenai term bagi keselamatan ini JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN INFORMASI SEBENAR MENGENAI DIRI ANDA DI ALAM MAYA, disini saya bermaksud bukan untuk melakukan permbohongan tetapi sekadar meletakan maklumat asas. Cukuplah sekadar nama dan umur. Begitu juga apabila mendaftar talian telefon. Mereka tidak akan tahu keaslian data tersebut. Sekali lagi saya bukan mengalakan pembohongan tetapi berbicara mengenai keselamatan individu di alam maya.




Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau tjaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.


Ada baiknya jika kita berpeluang untuk membaca buku yang bertajuk “The Digital Fortress”, walaupun buku ini kelihatan seperti fiksyen sains, tetapi itulah hakikatnya di masa ini. Sebuah lagi buku yang saya syorkan, bertajuk “The Complex: Bagaimana Tentera Amerika Menyerbu Kehidupan Kita sehari-hari” karya Dr. Nick Turse ataupun jika anda seorang yang malas untuk membaca anda dicadangkan untuk menonton sebuah filem arahan Richard Doner yang bertajuk “The Conspiracy Theory” di mana filem ini mengisahkan Seorang lelaki yang bernama Jerry Fletcher yang jatuh cinta dengan seorang wanita dan hanya mengamatinya dari jauh. Wanita ini berkerja dengan kerajaan. Fletcher pula adalah seorang pengkritik keras kerajaan. Dari teori konspirasi kepada kewujudan makhluk asing sehingga kepada pembunuhan politik, dengan mudah semua teori-teorinya dapat dirungkaikan dengan benar dan tepat oleh beliau. Ini menyebabkan beberapa orang penting di dalam kerajaan ingin dia dibunuh dan dihapuskan begitu juga wanita yang dia cintai turut mengiginkan perkara yang sama terjadi.


|Conspiracy Theory - 1997|

Para pejuang di serata dunia atau aktivis kemanusiaan yang menyedari mengenai hal tersebut dan sedang berperang melawan The New World Order, seeloknya dinasihatkan tidak memiliki Kad Kredit, Debit Kad atau apa-apa pun atas namanya, tidak mengisi ruangan di dalam jaringan sosial di internet dengan informasi yang sebenar, serta menjauhi alat-alat komunikasi yang bersifat kekal seperti nombor telefon dan sebagainya. Dengan kata lain Being Like A Ghost, “Datangnya tidak diketahui dan perginya tidak dicari”


Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.

Sahabat baik saya pernah menghadiri sebuah pertemuan para risikan, lokasi terpaksa dirahsiakan, tetapi situasinya diceritakan seperti berikut, mereka bertemu di bahagian belakang bangunan utama yang berhampiran dengan kolam renang, sepanjang pertemuan diadakan Televisyen berskala besar di hidupkan walaupun tidak ditonton kerana ia akan menghasilkan bunyi yang bising, semua pancuran air kolam renang dan juga air terjun dibiarkan terpasang, semua telefon cellular dan PDA atau pun Smart Phone dimatikan (bahkan kad sim dan bateri turut di cabut). Semua ini dikatakan sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap pencorobohan maklumat oleh pihak luar. Padahal ruangan tersebut sangat tersembunyi dan kedap suara.

Saya mengeluarkan artikel ini bukan bertujuan dijadikan sebagai fatwa bagi mengharamkan pengunaan Jaringan Sosial, sekadar memberi peringatan dan sedikit panduan tatacara berinteraksi di alam maya agar keselamatan kita terjamin terutama sekali kepada para pejuang sekalian. Kerana itu, kita harus benar-benar fikirkan akan diri kita dan bertanya apakah kita memang benar-benar memerlukan jaringan sosial atau tidak. Kalau sekadar mengikut trend, saya nasihatkan kurangkan kerana risikonya terlalu besar. Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Wallahu'alam bishawab.

Saturday, 18 June 2011

Mulut Masin~~

Salam.. korang bau tak mulut aku? huhu.. wangi kan?.. takde masin2 ni.. tp kate2 aku ni masin la.. nak kate makan garam takde pulak.. demm

aku bukan sengaje nak cakap.. niat cme nak bekap jer.. ari tu ade la gado2 ngan my dear (jgn mare ae), pastu die cakap ler suh my mother ( da jd anak ksygan my mom) jgn share kredit sbb die mls nak msj2. pastu aku bekap ler.. cakap kat my mom hset my dear rosak.. so takley nak msj2.. jadi takyah la share2 kredit..
last2 tadi hset die jatuh.. terus rosak.. adoi.. kne beli insuran mulut ni.. bahaye. pasni aku nak doakan yg terbaik jer tuk die n untuk semua org.. harap2 kite akan mdpt kebaikan.. mcm slal;u org kate, setiap ape yg kluar dari mulut adalah doa.. jadi.. gunekan ayat2 yg baik jer la pasni k

smlm aku kate nak letak entry len.. so mgkn mlm ni.. insyaAllah.. akan di update..



                                          sorry syg.. xniat k.. jgn mare2


Wsalam

Friday, 17 June 2011

Kantoi | Sekantoi kantoinye

Salam..
agak lewat aku update ari ni.. da kul 12.. ujan ngan petir tadi.. aku switch off modem. risau gak jadi mcm dulu.. meletop modem aku kne petir.. depan muke aku lak tu..

Kntoi dah.. My dear da tau pasal blog aku.. mmg terkejut la.. camne lak die leh trace aktiviti aku ni..
Sori syg.. tak niat nak sorok2.. syg kamu byk2.. hehe~~ nanti folo blog abg k. hak hak

pg tadi member aku yg agak rapat la tp takde la rapat sgt kantoi ngan polis.. kne rush.. cian die.. baru balik kg da kne.. tp tu la.. klu da lame sgt terlibat ngan bende2 cmni susah la nak berenti.. harap2 pasni die stop la main bende2 tak berfaedah ni.. same2 la kite doakan.

pepe pun.. aku da senang ati nak buat keje pepun.. takde dah beban kat kepala aku yg berat bertan2..
owh.. pasni kne tukar nick. tp tatau lg nak pakai nick pe.. n aku da tak hide lg profile sbb da kanthoiii..

k la .. sampai cni dulu aku mngarut.. pasni entry2 akan datang mgkn agak berat untuk reader2 tp harap korang dapat faham n sedar.. tujuan aku bg artikel2 akan datang ni supaye kite semua celik pasal dunia kite sekarang.. sbb masih ramai yg tak sedar. insyaAllah.. moga kite same2 dapat manfaat dari ape yg akan aku publish lepas ni.
wsalam.



                         camni la muke aku mase kantoi tadi.. meoww!!!!

Thursday, 16 June 2011

:) Senyum | Sakit :(

Salam..
korang gi smyg jumaat tak(geng2 lelaki)? mesti la pegi kan?? Bagus2.
ari ni rase tenang sket.. Alhamdulillah.. da tak rase risau lg.. die da ok :) hehe
so jom kite senyum ramai2 berjemaah .. senyum tu kan sedekah. hehe..

td pas solat, aku rase senak gile lam dada belah kanan.. sampai takleh nk bgn kejap..
nak kate salah makan, aku melantak nasi minyak je td.. makanan harian tiap2 jumaat..
nak kate ada angin, aku tak pnah lak kne.. nanti aku nk survey. sblm ni slalu gak kne tp takde ar sakit camni..
haihh..

Byk lagi nak blaja psl blog ni. Aku nak tanye lebih2 kang takut my dear syak plak. so try2 pakai pakcik google je la.. Slamber je aku melalut lebih2. mcm la ada org nak bace blog aku ni.. blog walking pun tak pnah buat.. camne org nak masuk blog aku.. tp aku mmg bajet nak buat private pun.. bg aku cni tempat aku nak lepaskan pe yg ada dalam diri aku. siape diri aku..

k la.. aku nak letak gambar pe plak ni aaa..jap2


           Hidup tak slalu indah.. pasti ada sedikit kedukaan.. tp setiap kedukaan itu ada pengubatnye

Wsalam

Pg Jumaat | Menunggu..

Salam.
ari ni aku mcm xde mood nk tulis pape.. aku still tggu respon dr someone. harap sgt hatinye dah lembut..
k la.. klu rajin krg2 aku update. insyaAllah...


                                                            Goodbye  :)
wsalam

Tamat | Nora Elena

salam..
tetibe je masuk bab drama plak.. haha.. aku layan la jgk sket2. ni pun dapat info dari my dear pasal drama ni.

kisah die bg aku overall ok la. cume watak yang di bawak tu cukup memberi makne kepada semua orang. termasuk korang kan? (jgn tipula)

Seth Tan.. lelaki idola bg hampir semua pompuan kat malaysia ni.. ye la.. mane nak cari lelaki yang penyayang mcm tu.. btuah la klu sape dapat suami mcm tu. sedikit sebyk bg kesan la gak kat aku. mmg dari dulu aku nak jadi mcm tu. tp kite sendiri tau yang manusia tu tak perfect. mesti ada salah silap kat mane2. so cara yang terbaik adalah tolak ansur. give and take. dan plg penting ada sikap pemaaf. Insyaallah, tak mustahil sbnrnye nak jadi lelaki mcm seth tu. plg penting didikan agama. sbb tu yang akan membimbing kepada keutuhan rumahtangga.
(mcm da kawin plak aku ni)

aku pun bermasalah jgk. byk kekurangan. mmg sentiasa kne pikir sebelum cakap sesuatu, amik tindakan pape. Sbb Allah dah bg kite akal fikiran tuk tentukan mane yang baik dan buruk. cume skarang bergantung pada kesedaran masing2.


                    aku bukan lah lelaki yang baik. tp aku akan sentiasa menjadi yang terbaik

Wsalam

Wednesday, 15 June 2011

hari ke - 2 | Gerhana

salam
alhamdulillah.. ari ni tak byk keje.. 1 trip da cukup memenatkan.. time kasih boss aziz.. huhu

smlm gerhana bulan. korang tau kan? klu tgk kat google.com pun diorang tukar logo diorang jadi gerhana.. smart ooo.. aku ingat nak tgk smlm tp malas pulak turun bawah sorang2.. <penakut>.. miuhaha




                                                        ni video gerhana semalam

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya da ditetapkanNya manzilah-manzilah(tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda2 (kebesaanNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5)

Marilah kite same2 merenung kejadian gerhana penuh bulan pada malam 16 Jun 2011 (bersamaan 14 Rejab 1432) dengan akal dan mata hati yang telah Allah kurniakan.

Ni saje la dulu.. ari ni ari khamis so byk keje nak kne buat.. insyaallah.. petang atau mlm nanti aku story lgi

http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-kerana-allah/

klu ada mase korang bace la kat link atas ni (link aku tgk kat fb dia :) ) same2 kite berkongsi.. semoga kite mendapat rahmat dari-Nya
Insyaallah
Wsalam

Rentetan sebelum peristiwa

Salam. skali lg aku update blog ni. 3x sehari. tp ari ni je kot. pasal esok aku keje. ari ni demam sampai sakit satu badan. aku duk melepak atas kerusi jer. kepale berdenyut2. aku kne ujan panas mase angkat buah 2 hari lepas rasenye.

takpe la.. tu cite lain.

sbnrnye aku eksiden bulan 3 baru2 ni.. patah tulang muke and kne masuk 4 besi. permenant. so maksudnye takley cabut dah. tp mmber aku cakap mgkn akan effect mase tua.. ye la.. mane tau aku jadi terminator ke robocop ke mase umo 50-60 nanti (klu umo panjang). kann?

so aku trace balik kat fb aku tanda2 aku nak eksiden. sbb org cakap sblm berlaku sesuatu mesti perangai die pelik sket kan.. so aku eksiden pada 7 mac 2011 pd jam 07.40 mlm@ 1940mlm. then aku tgk kat fb lbh kurang smggu sblm eksiden

 YUPP!!
aku da cek kalendar semua.. aku tulis tu pada ari isnin kul 7.40 then aku eksiden pun pd hari dan waktu yang same.. Subhanallah.. mgkn satu kebetulan ataupun mgkn satu tanda.
so pada yg tgk mmber len mcm tu.. suh la diorang hati2 sket.. mgkn sesuatu akan berlaku tp mintak2 la dijauhkan semua tu.. kan??



camni la muke aku lepas eksiden ari tu.. ganas kan??? miuahahaha

hackers!!!!

salam semua.. agak cemerlang la aku ari ni.. rajin plak nak update blog nih
tadi mase aku melayari internet (bahasa baku tu) aku ada jmpe la post kat satu forum tu pasal laman2 web yang da kne hack dek Anonymous(salah satu hacker yang top in our world).
dengar kate diorang ni nak hack esok 16 jun ari khamis kul 3.30 pg.. tp diorang da start panaskan badan la kire2 nye. ade la beberape laman web yang da kne hack
antaranye

http://politeknik.gov.my/index.php
http://infobanjir.water.gov.my/cekodok.cfm
http://www.royalasiahotelplg.com/iklan/mirror/


pastu dgr yang latest sket sabah tourism.. hurmm

esok diorang akan start hack www.malaysia.gov.com

pepun jgn la hack blog aku yang baru nak buat ni (perasan tol.. mcm la ada org nak hack)

Mukadimah

Assalamualaikum dan selamat kepada smua warga blogger ataupun reader.
Ni first time aku try buat blog. tak reti pun. tp tgk orang len bleh buat takkan la aku tak bleh kan.
lagipun awek aku ada blog, member aku yang tak dulu tak reti men intenet pun ada blog. mne leh jadi camni.
so aku amik keputusan nak try pe yg best sgt pasal mende ni. k la.. ni permulaan. ni da nak masuk maghrib da.
so nanti aku cite lagi


.:actually gwa tgh sedih ni.. tak sihat n takde org nak borak2:.